top of page
WhatsApp Image 2018-10-02 at 00.15.04.jp

Step 1 Minggu Kedua

MEMBAJA

Langkah pertama selepas beberapa hari membiarkan tanah itu sampai dah terkeras, kita perlu bersihkan kawasan batas kita sebelum buat bentuk 'kubur' di batas kita. Bukan sengaja yaa kita buat macam tu. kita buat bentuk 'kubur' supaya senang nanti baja yang ditabur diatas 'kubur' berselerak ke seluruh kawasan batas kita. Baja itu kena tuang dalam bekas putih yang disediakan. Lepas dah buat 'kubur' , kita perlu tabur baja atas bukit (kita guna baja organik kerana ia tidak memberikan impak kepada flora dan fauna).Ingat, bukan manusia je tau yang hidup kat dunia ni ..flora dan fauna pon nk hidup aman damai jugak.. Lepas tu, barulah ratakan balik .

Get in Touch
week 2: Bio
WhatsApp Image 2018-10-02 at 00.15.04 (1

Step 2 Minggu Kedua

Membuat Alur

Selepas sudah bubuh baja tu,kena tunggu selama kurang lebih 2 hari, baru lah boleh proceed ke proses ini. Selepas dah ratakan tanah yang mengandungi baja, kita perlu buat sebanyak 4 alur. Alur tu apa?..Alur tu yang garisan di atas batas. Kenapa kena buat benda tu? Wajibkah?..Sebenarnya ia tidaklah wajib, cuma memudahkan proses seterusnya. Alur itu berfungsi sebagai garisan tanaman tumbuhan kita. Apabila ada alur itu, mudahlah bagi kita untuk membezakan mana satu rumput dan tumbuhan. Mana tidaknya, semua warna hijau.haha..

Contact
week 2: About

Step 3- Minggu kedua

Menyemai biji Benih

Proses ini sangat penting untuk setiap tumbuhan kerana kalau tak semai benih, macam mne tumbuhan tu nak hidup..hahaha..Ok dah..Setiap kumpulan a.k.a batas dibekalkan sebanyak 2 jenis benih tumbuhan( ada batas yang dapat bayam, kubis, kailan dan lain-lain)..So, setiap 2 alur dalam batas tu mesti semai 1 jenis benih( Misalnya, batas 1  ada 2 alur bayam +2 alur bayam)..Tapi nak semai benih tu bukan suka-suka tabur je tauu..kalau biji benih yang besar tu,bolehlah tabur je..TAPI, kalau yang kecil-kecil ni tak kan nak asing satu per satu kan..Oleh yang demikian, ilmu matematik diaplikasi dalam cara penyemaian biji benih..Kita perlu nisbahkan biji benih dengan pasir dengan menggunakan penutup botol sebanyak 1:10.

Learn More
WhatsApp Image 2018-10-02 at 00.15.04 (2
week 2: About
WhatsApp Image 2018-10-03 at 11.02.01.jp

Step 4- Minggu kedua

Sundapan

Sundapan ni ialah proses dimana meletakkan benda-benda yang bersesuaian di atas biji benih untuk mengelakkan daripada biji benih yang kita baru semai mendapat LEBIHAN AIR HUJAN..tumbuhan baru tanam ni mana boleh dapat air banyak sangat (akibatnya biji benih akan mati).Tapi step ni ramai yang pandang enteng namun yang demikian inilah yang penting sebenarnya..biasanya, orang buat proses sundapan ni dengan pakai plastik jarang, daun-daun kering atau sabut kelapa.untuk tanaman batas kita, kita pakai plastik jarang (sebab mudah)..

week 2: About

Step 5- Minggu kedua

Menyiram biji Benih (SETIAP HARI)

Selepas sudah siap semua perkara di atas, tibalah masanya untuk kita semua memberi komitmen kepada biji benih untuk siram setiap hari pada waktu pagi dan petang. KEBIASAANYA, step ni orang tidak tinggal pon. Tapi, hendak saya tekankan di sini ialah kita perlu siram waktu pagi dan petang sahaja. Jangan siram waktu matahari tegak diatas kepala (waktu panas nanti pokok akan MELECUR dan Mati) dan waktu sebelum tidur.

Get in Touch
WhatsApp Image 2018-10-04 at 18.26.15.jp
week 2: About

Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page