Writer. Blogger. Thinker. Critic.
Step 1-Minggu Pertama Ladang Kami
Mengukur dan Merumput
Okay. Apa yang kami buat lepas dapat tanah tu merumputlah. Memanglah masa dapat tanah tu, tanah tu penuh dengan rumpai kering kan, jadi kita bersihkanlah secara berjemaah, tapi sebelum bersihkan tu kita ukur dululah luas tanahtu supaya dapat sama rata. Bagi keluasan tanah pula 10 kaki panjang dan 5 kaki lebar bagi dua orang. Lepas dah ukur, kita buatlah tanda dengan memacakkan kayu untuk membentuk kotaknya.
![]() | ![]() | ![]() |
---|
Step 2 - Minggu Pertama Ladang Kami
Mengolah Tanah
Maklumlah tanah yang lama kene diolahkan untuk menyuburkan lagi. Jadi lepas dah bersihkan semua rumpai kita mulalah mengolahkan tanah dengan mencangkul untuk menterbalikkan tanah supaya gembur untuk tanaman. Bagi tanah yang keras, kami gunakan mesin untuk mengolah bagi memudahkan kerja.
![]() | ![]() |
---|
Step 3 - Minggu Pertama Ladang Kami
Membina Tembok
Lepas selesai mengolah tanah, kita buatlah tembok dengan menggunakan papan bagi mengotakkan kawasan kita supaya tak dikacau. Untuk papan, kita ukur dulu 10kaki untuk panjang dan 5 kaki untuk lebar, lepas dah tepat ukuran barulah potong kayu dan pakukan. Untuk menetapkan lagi kedudukan papan, kita tanamkan sebahagian papan tu supaya stabil dan kekal. Sebelum tanam papan tu catlah papan dengan minyak hitam supaya papan tak dimakan oleh anai-anai bagi kata lain supaya papan tu tak mudah reput.
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() |

Step 4Â - Minggu Pertama Ladang Kami
Ratakan Tanah
Langkah akhir bagi minggu ni kita ratakan tanah. Selepas berpenat-penatan mencangkul, memaku dan mengecat, akhirnya kita sampai juga ke langkah untuk meratakan tanah. Kenapa meratakan? Sebelum ini tanah tu memang kita naikkan jadi macam 'kubur' sebab nak gembur dan mendalamkan tanah yang diolah. Jadi setelah selesai menggemburkan tanah tu kita ratakannya bagi tujuan menanam dan membaja pada minggu seterusnya.