Writer. Blogger. Thinker. Critic.

PENANAMAN JAGUNG
Minggu ini kami perlu menanam semula jagung kerana jagung yang telah ditanam pada sebelum cuti pertengahan semester yang lalu tidak tumbuh.

Kami diberi 30 biji benih jagung untuk 1 batas. Mula-mula kami bersihkan tanah terlebih dahulu (bekas tanam sawi & bayam tempoh hari). Lepas tu, kami gemburkan tanah dan ratakan. Kami menyusun dan membuat lubang sedalam setengah inci secara zigzag dan memasukkan biji benih di setiap lubang. Lepas tu, kami letak sungkupan dan siram.
CIRI-CIRI DAN MANFAAT JAGUNG
CIRI-CIRI JANGUNG:
​
1. Pohon Jagung
Tanaman ini memiliki tinggi antara 2-25.5 meter.
​
2. Akar Jagung
Kedalaman pertumbuhan akar jagung ada mencapai 80cm dari permukaan tanah akan tetapi kebanyakkannya hanya 20cm sahaja.
​
3. Bunga Jagung
Bunga jantan terletak di hujung atas tanaman manakala bunga betina terletak di hujung tongkol. Tonggol adalah tempat buah ini bersemayam.
​
MANFAAT JAGUNG:
​
a) Menambahkan tenaga untuk tubuh badan.
b) Menjadi sumber serat dan mengurangi sembelit.
c) Membantu memudahkan pencernaan kerana dapat menambah bakteria baik dalam usus.
d) Berguna untuk diet dengan cara menurunkan berat badan.
e) Bagus untuk mata kerana mengandungi vitamin A.
f) Menjaga jantung supaya kekal sihat.
